
MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Sarawak sehingga 10 Januari, esok.
Menurut kenyataan itu, hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri Sarawak melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman) dan Betong (Pusa dan Betong).
Dalam pada itu, jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di negeri berkenaan sehingga Sabtu.
“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak meliputi kawasan Kuching (Lundu), Sri Aman (Lubok Antu), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri (Subis) sehingga Sabtu, 10 Januari,” maklu kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.