metmalaysia ribut lekukan tropika
Kredit: Bernama
Tiada Kategori

MetMalaysia Keluar Nasihat Ribut Lekukan Tropika

Sofea

MetMalaysia Keluar Nasihat Ribut Lekukan Tropika

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berkaitan ribut Lekukan Tropika (KALMAEGI) yang dikesan pada 8 pagi ini di latitut 14.0 utara dan longitud 105.0 timur kira-kira 121 kilometer (km) ke arah barat laut Stung Treng, Kemboja.

Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, ribut itu bergerak ke arah barat dengan kelajuan 35 kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum 62 km/j.

BACA: MetMalaysia Keluar Nasihat Taufan Kalmaegi

BACA JUGA: Taufan Kalmaegi Dikesan 976 KM Dari Sabah – MetMalaysia

Jarak KALMAEGI dari bandar terdekat adalah kira-kira 920 km ke timur laut Tumpat, Kelantan.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.

Sumber: BERNAMA