Hujan Lebat Di 7 Negeri
Kredit: Image FX

METMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Awal Pagi Ini

Athirah

METMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh buah negeri dan satu Wilayah sehingga jam 1 pagi ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sementara itu, cuaca buruk di Perak pula melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Sementara itu, cuaca buruk di Pahang pula melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Maran dan Kuantan.

Di Sarawak, hujan lebat diramal berlaku melibatkan kawasan Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Julau), Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

Manakala di Sabah, hanya daerah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Tawau (Kunak, Semporna dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) dijangka mengalami cuaca buruk.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.

Selain itu, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

BACA: “Rare” Betul, Idea Pengantin Ni Buat Tetamu Terkejut Tengok Isi Goodies Bag
BACA: Pendaki Cedera Parah Disambar Petir Ketika Hujan Lebat

Sumber: Malaysian Meteorological Department