MetMalaysia Jangka Ribut Tropika Senyar Berlaku Di Sempadan Perak & Selangor Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa Ribut Tropika Senyar dijangka berlaku di kawasan sempadan Perak dan Selangor bermula pada tengah malam ini.
Ketua Pengarah METMalaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip ia berdasarkan ramalan yang dilakukan di salah satu pusat wilayah MetMalaysia yang memantau corak dan aktiviti ribut taufan di India.
“Kita jangkakan akan berlaku di antara sempadan perak dan selangor tengah malam ini,” katanya dalam sidang media tergempar pada Khamis.
Beliau juga berkata MetMalaysia menjangkakan bahawa hujan berterusan akan membawa sekurang-kurangnya 200 hingga 300 milimeter (mm) hujan ketika ribut berlaku.
Dalam pada itu, ribut itu kini berada pada kedudukan Latitud 3.6° Utara dan Longitud 100.4° Timur.
Ia dijangka bergerak ke arah timur pada kelajuan 9 km/j serta mampu mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 50 km/j.
Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia sehingga 29 November 2025.
Sumber: Bernama TV