Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka akan melanda beberapa negeri sehingga jam 8.00 malam ini.
Menurut MetMalaysia, ribut petir dan hujan lebat diramal akan melanda seluruh negeri Perlis, Perak, Kuala Lumpur dan Melaka.
Selain itu, negeri Kedah juga terlibat iaitu di daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Bagi negeri Pulau Pinang pula, daerah yang terlibat ialah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Manakala, daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak turut dilanda cuaca yang sama.
“Di Selangor, daerah yang terlibat ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat manakala di Negeri Sembilan pula melibatkan daerah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin,” kata MetMalaysia.
Sementara itu negeri Johor juga tidak terkecuali, enam daerah dijangka akan dilanda ribut petir dan hujan lebat iaitu di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Di negeri Sarawak pula melibatkan daerah Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).
Sumber: MetMalaysia