
Metaura Pro merupakan peranti kolar penghawa dingin pertama di dunia yang boleh digunakan manusia. Menurut Oddity Central, ia dikatakan mampu meniup udara dingin untuk memastikan pemakainya sentiasa sejuk.
Sistem penyejukan konvensional biasanya boleh ‘mengedarkan’ udara yang ada di sekitarnya. Oleh itu, ia dipercayai tidak melakukan kerja dengan baik untuk menyejukkan manusia.
Sebaliknya, mod kipas Metaura Pro pula bergantung kepada penyejukan mudah alih untuk menghasilkan udara sejuk yang sebenar iaitu -13 darjah Celcius lebih sejuk daripada udara sekeliling.
Dalam mod penyejukan, ia boleh mencapai -7.7 darjah Celcius lebih sejuk daripada udara di sekeliling. Hal ini kerana peranti ini mempunyai pelbagai aplikasi khusus.

Selain itu, Metaura Pro juga dikuasakan PWM turbo berkembar motor dan modal pendingin yang terdiri daripada 26 keping sirip ringan yang membalut leher pemakai, sekaligus menghilangkan haba.
Motornya juga dilengkapi dengan kipas berkelajuan tinggi di bahagian belakang peranti. Peranti ini turut mempunyai plat VC, cecair penyejuk dan mesin penyaman haba. Keseluruhannya berkaitan proses mengubah suhu panas menjadi sejuk dengan cekap.
Apa yang membezakan Metaura Pro daripada pesaing lain ialah ia dapat menghasilkan udara sejuk yang lebih rendah daripada suhu sekeliling dan menyamankan anda semasa hari musim panas.
Halaman pembayaran Metaura Pro Kickstarter menjelaskan “Bersempena dengan cip separuh konduktor yang cekap dan tiga plat penyejuk mesra kulit yang terlipat sepenuhnya ke belakang dan sisi leher anda. Metaura Pro memberikan ruang hawa dingin yang benar-benar peribadi, sehingga menyejukkan seluruh badan anda.”

Kolar penyejuk ini juga dikuasakan oleh bateri pengecasan pantas yang boleh memberikan lapan jam penyejukan dengan hanya sekali cas. Beratnya juga hanya 435 gram. Hanya satu persoalan yang belum terjawab bagi peminat yang mahukan mod penyejukan, iaitu tahap bunyi yang dihasilkan.
Difahamkan, setiap pembelian awal di Kickstarter akan mendapat diskaun 20 peratus pada harga runcit yang disyorkan Metaura Pro, sekaligus matlamat untuk mencarinya telah dicapai.
Bagi yang telah membuat pembelian, penghantaran ke seluruh dunia bagi unit pertama dijangka pada bulan Mei tahun ini. Jadi untuk $159 bersamaan RM672, anda boleh menerima kolar AC yang boleh dipakai daripada Metaura Pro dan kabel pengecas USB-C pada bulan depan.
Sumber: Oddity Central