bapa hantar anak sekolah
Kredit: @kilasyeera
Tiada Kategori

“Mesti Kehadiran Penuh…” Bapa Hantar Anak Ke Sekolah Tapi Jaraknya Buat Ramai Terhibur

Azzwin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Mesti Kehadiran Penuh…” Bapa Hantar Anak Ke Sekolah Tapi Jaraknya Buat Ramai Terhibur

Kebelakangan ini, media sosial dibanjiri dengan pelbagai perkongsian dan pengalaman mengenai hari pertama ke sekolah.

Ada yang berkongsi momen anak-anak teruja memakai uniform baharu, ada juga telatah anak-anak yang merengek enggan berpisah dengan ibu bapa.

Perkongsian sebegini secara tidak langsung mengingatkan kita bahawa setiap individu mempunyai pengalaman yang berbeza-beza.

Dalam menjalani kehidupan seharian, masing-masing melalui kisah dan perjalanan hidup yang tidak sama, namun tetap memberi warna dan kenangan tersendiri.

Hantar anak pergi sekolah betul-betul depan rumah

Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial memaparkan seorang lelaki yang ingin menghantar anaknya ke sekolah.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @kilasyeera di TikTok, suaminya dilihat menghantar anak lelaki mereka ke sebuah tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

Dalam rakaman tersebut, suami dan anaknya dilihat berpegangan tangan seolah-olah hendak melintas jalan.

Kredit; @kilasyeera

Namun apa yang mencuit hati ramai, rupa-rupanya tadika tersebut terletak sangat dekat dengan kediaman mereka.

Malah, jarak dari rumah ke sekolah itu tidak sampai sepuluh langkah kerana ia memang berada dalam kawasan yang sama.

Situasi itu nyata mengundang gelak tawa ramai kerana jarak sekolah yang terlalu dekat dengan rumah mereka.

Video tersebut mencecah 1.3 juta tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberi pelbagai reaksi.

Kebanyakannya terhibur dan tidak melepaskan peluang untuk berseloroh serta bergurau mengenai jarak sekolah yang terlalu dekat dengan rumah.

“Weh tak sangka sedepan itu hahahahahaha,” komen seorang wargamaya.

“Mati mati aku ingat dia nak lintas jalan,” tulis seorang pengguna TikTok.

Kredit: @kilasyeera

“Ini kalau lambat ambil anak juga tak tahu la,” tulis seorang netizen.

Confirm kehadiran penuh,” komen seorang lagi netizen.

“Dik lepas ni takde dah alasan kerja sekolah siap tapi tertinggal buku tulis kat rumah. Ustazah sendiri yang pergi ambil,” komen seorang lagi wargamaya.

BACA: Niat Cari Rezeki, Penghantar Makanan Ni Terkejut Terima Tip Hampir RM1,000 Dari Pelanggan
BACA: Imbau Kenangan Ketika Belajar, Lelaki Kongsi Resipi Bajet Hanya Guna Setin Sardin & Beras
Sumber: @kilasyeera