Gambar: FIFA

Messi Umum Bersara, “Final” Piala Dunia Bakal Jadi “Game” Terakhir Bersama Argentina

Syed Faisal Sayed Muhammad

Messi Umum Bersara, “Final” Piala Dunia Bakal Jadi “Game” Terakhir Bersama Argentina

Penyerang prolifik Argentina, Lionel Messi dilaporkan sah akan bersara dalam pentas antarabangsa.

Bintang dan juga kapten pasukan Argentina itu mengesahkan bahawa perlawanan akhir Piala Dunia 2022 yang dijadual berlangsung di Qatar pada Ahad ini akan menjadi perlawanan terakhir baginya menyarung jersi Argentina.

Pemain berusia 35 tahun itu berjaya membantu pasukannya mara ke perlawanan akhir kejohanan selepas berjaya menundukkan Croatia pada separuh akhir pertama awal pagi tadi.

Beliau telah menjaringkan gol pertama bagi pasukannya ketika menentang Croatia dan membantu Julian Alvarez untuk gol ketiga Argentina pada malam tadi.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Messi mengesahkan rancangan persaraannya itu selepas di temu bual oleh media Argentina, Diario Deportivo Ole. Messi juga berkata bahawa pertembungan pada Ahad nanti merupakan perlawanan terakhirnya bagi pasukan gergasi Argentina.

“Saya berasa sangat gembira kerana telah mencapai ke tahap ini, saya akan menamatkan perjalanan Piala Dunia saya dengan bermain pada perlawanan akhir nanti.

“Piala Dunia seterusnya akan mengambil masa beberapa tahun akan datang jadi saya rasa ianya tidak akan dapat dilakukan oleh saya. Pengakhiran sebegini adalah yang terbaik,” kata Messi.

Messi telah mempamerkan semangat dan prestasi yang baik dalam edisi Piala Dunia FIFA kali ini.

Setakat ini, beliau telah memenangi empat anugerah Pemain Terbaik Perlawanan dan telah menjaringkan lima gol daripada enam perlawanan yang dimainkan.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama menentang Croatia, Messi telah menunjukkan aksi terbaiknya dan memecahkan beberapa rekod dalam perlawanan tersebut.

Beliau telah menyamai rekod bekas pemain tengah Jerman, Lothar Matthaus yang bermain sebanyak 25 perlawanan di Piala Dunia.

Pada perlawanan akhir pada Ahad ini, Argentina akan menentang pemenang separuh akhir kedua antara Perancis atau Morocco.

Sumber: Times Now