
Pemain kelahiran Argentina, Lionel Messi secara rasminya kini tiada lagi kontrak bersama Barcelona selepas kontrak sebelum ini tamat 30 Jun 2021. Mana-mana kelab boleh memujuk Messi untuk beraksi dengan kelab mereka tanpa yuran perpindahan. Ini bakal merugikan Barcelona kerana telah ‘membela’ pemain ini sejak sekian lama sehingga menjadi GOAT (Greatest All Of Time).
Namun begitu, Barcelona masih berharap dapat menandatangani semula pemenang 6 kali Ballon d’Or ini dan masih ingin mengekalkan pemain ini di Nou Camp. Barcelona juga percaya bahawa Messi masih mahu berkhidmat bersama mereka.
Perbincangan Kontrak Baharu
Pihak Lionel Messi dan Barcelona sedang giat mengadakan perbincangan untuk mencapai kata sepakat menandatangani kontrak baharu. Perbincangan itu melibatkan Presiden Barcelona, Joan Laporta dengan Ayah Messi, Jorge Messi serta agennya.
Namun, perbincangan ini menjadi agak sukar dicapai atas faktor permintaan dari pihak Messi dengan keadaan kewangan Barcelona ketika ini, banyak perkara perlu dipertimbangkan oleh barcelona sebelum bersetuju dengan ‘demand’ Lionel Messi.
Selain pertimbangan kewangan, Messi juga mahukan jaminan bahawa kelab boleh membina sebuah pasukan yang boleh memberi saingan hebat diseklilingnya pada masa akan datang.
Barcelona menjuarai Copa Del Rey bagi musim 2020/21 tetapi terlepas dua sasaran utama mereka iaitu menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan la Liga.
Status Kontrak
Walaupun Barcelona yakin boleh menandatangani Messi semula namun tetap timbul kerisauan kerana pemain itu adalah berstatus ‘Free Agent’ untuk masa sekarang dan boleh didekati mana-mana kelab pesaing.
Messi ketika ini sedang sibuk menghadapi kejohanan Copa America 2021 bersama pasukan kebangsaan Argentina yang sudah melangkah ke peringkat suku akhir dan ini mungkin Copa America terakhir dalam karier beliau, sudah pasti menjuarai kejohanan ini bakal menjadi penutup yang manis buatnya dalam karier antarabangsa.
Sumber: Goal.com