
Mesra Retail and Café Sdn Bhd (MESRA), bahagian peruncitan dan kemudahan PETRONAS Dagangan Berhad (PDB), hari ini meraikan satu lagi pencapaian penting dengan pelancaran rasmi restoran Debonairs Pizza and Steers pertama di Malaysia, yang terletak di Stesen PETRONAS Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Pelancaran ini sekali gus membawa pengalaman sajian berinspirasikan global yang disesuaikan mengikut cita rasa tempatan.
Cawangan baharu ini memperkenalkan dua jenama ikonik dari Afrika Selatan, iaitu Debonairs Pizza, yang terkenal dengan inovasi piza Triple-Decker® dan Crammed-Crust dan Steers, yang terkenal dengan burger flame-grilled, kentang goreng yang dipotong sendiri, serta rasanya yang hebat.
Kedua-duanya menawarkan menu yang telah diolah dengan teliti, menampilkan pelbagai pilihan ‘topping’ serta perisa yang berinspirasikan cita rasa Malaysia bagi memenuhi selera pelanggan tempatan.

“Hari ini merupakan detik bersejarah bagi MESRA dalam usaha kami memperluas portfolio bukan bahan api melalui pelancaran restoran Debonairs Pizza and Steers, kami menawarkan lebih banyak menu pilihan dan rasa yang bersesuaian mengikut cita rasa rakyat Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Mesra Retail and Café Sdn Bhd, Ian Cruddas.
Pembukaan ini menyusuli pemeteraian perjanjian lesen induk yang memberikan hak eksklusif kepada MESRA untuk mengembangkan rangkaian restoran Debonairs Pizza and Steers di Malaysia.
Dengan pengalaman luas dalam kepimpinan francais dan kecemerlangan operasi, Famous Brands memainkan peranan penting, manakala MESRA melalui kepakaran tempatan termasuk penyesuaian menu, pengurusan rantaian bekalan dan pengalaman pelanggan khusus untuk pasaran Malaysia dalam menjayakan usaha ini.
Cawangan Bangi dipilih sebagai lokasi pertama restoran Debonairs Pizza and Steers kerana kemeriahan komuniti di kawasan tersebut serta permintaan tinggi terhadap pilihan makan di premis dan makanan bawa pulang.

Susulan kejayaan ini, MESRA merancang untuk terus mengembangkan cawangannya ke seluruh Lembah Klang pada tahun 2026, bagi membolehkan lebih banyak komuniti menikmati pengalaman ini di seluruh negara.

Para tetamu, rakan media dan rakan perniagaan yang hadir pada majlis pembukaan restoran ini turut berpeluang merasai menu baharu serta mengikuti perancangan peluasan rangkaian restoran kedua-dua jenama tersebut di seluruh negara.
Kunjungi kami hari ini di Stesen PETRONAS Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, dan rasai sendiri keistimewaan Debonairs Pizza and Steers!