Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui perkongsiannya di akaun Facebook menyatakan bahawa akaun Twitter rasmi mereka @SKMM_MCMC itu telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Susulan daripada itu, MCMC menyeru kepada orang ramai agar tidak terpengaruh dengan hantaran-hantaran mesej yang mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang telah dikongsikan melalui akaun berkenaan.
Ekoran daripada itu, akaun Twitter rasmi Suruhanjaya @SKMM_MCMC berkenaan telah digantung buat sementara waktu.