Merosakkan Ekosistem, Lelaki Perjelas Kura-Kura Red Ear Slider Ini Sebenarnya Bersifat Invasif
Bagi mereka yang pernah pergi ke kedai haiwan atau Petshop pasti pernah melihat sejenis kura-kura kecil berwarna hijau yang dijual oleh kedai tersebut.
Menurut perkongsian seorang lelaki di TikTok, kura-kura hiasan atau dikenali sebagai Red Ear Slider Turtle ini adalah haiwan pendatang yang diimport dari luar negara.
Selain itu, kura-kura spesies ini juga bersifat invasif dan merosakkan ekosistem perairan.
Justeru, untuk mengetahui berkenaan kura-kura spesies ini, mari kita ikuti perkongsian mengenai haiwan tersebut seperti berikut.
Perkongsian itu telah dilakukan oleh lelaki itu menerusi muat naik di TikTok @abg_ikan6945 miliknya.
Menurut lelaki itu, kura-kura Red Ear Slider adalah spesies daripada Amazon, Brazil.
Kredit TikTokKura-kura itu juga adalah bersifat invasif dan mengancam ekosistem perairan negara.
“Ini adalah sejenis kura-kura bersifat invasif yang mengancam ekosistem negara. Spesies ni dari Amazon, kita panggil Red Ear Turtle,” katanya di dalam video perkongsian tersebut.
Kredit TikTokTambah lelaki itu, kura-kura ini kebanyakannya orang beli sewaktu dia kecil di kedai-kedai haiwan.
Kura-kura spesies itu apabila dilepaskan di dalam perairan negara kita, ia dikatakan akan memakan ikan-ikan spesies tempatan.
Suka makan ikan-ikan tempatan
Disebabkan ia makan ikan, kebanyakan anak-anak ikan yang masih kecil akan menjadi mangsa kura-kura tersebut.
“Nampak macam tak ada apa, tapi ikan kita habis dia makan dan dia mula membiak sangat banyak,” terang lelaki itu lagi.
Menerusi video itu lagi, pergerakan kura-kura tersebut kelihatan sangat laju dan mampu berlari dengan pantas untuk melarikan diri.
Perkongsian lelaki itu berkenaan kura-kura tersebut mendapat pelbagai respon daripada pengguna media sosial tersebut. Mereka juga sempat meninggalkan komen berkenaan kura-kura tersebut.
BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Kura-kura tu tak perlahan lah. Selama ini orang cakap kura-kura perlahan adalah satu penipuan,” tulis seorang netizen yang terkejut melihat ketangkasan kura-kura itu melarikan diri.
“Melambak kura-kura ini dekat tasik Putrajaya,” tulis seorang lagi netizen.
“Baru tahu kura-kura ni merosakkan ekosistem,” tulis seorang netizen yang baru mengetahui berkenaan ancaman yang dibawa oleh kura-kura tersebut.
Sumber: TikTok/@abg_ikan6945