Mempunyai cahaya mata sudah pasti menjadi impian setiap pasangan yang bergelar suami isteri. Begitu juga dengan wanita berusia 35 tahun dari Australia ini.
Kimberley Trip menghidap penyakit polycystic ovarian syndrome (PCOS) sejak berusia 15 tahun. Kerana penyakit yang dihidapinya, peluang Kimberley untuk mengandung secara semulajadi sangat tipis malah mungkin tidak sama sekali.
Mendapat sokongan penuh dari suami, Kimberley akhirnya menjalani empat prosedur IVF untuk mendapatkan anak.
Bukan kembar
Selepas enam minggu prosedur menempelkan embrio pada rahimnya, Kimberley melakukan ujian ultrasound buat pertama kali dan hasilnya sangat mengejutkan.
“Kami terkejut bila dapat tahu ada dua janin dalam kandungan saya,”
“Kami hanya letak satu embrio, jadi saya tak faham apa yang berlaku,” kata Kimberley kepada Mirror.
Kejadian ini boleh dikatakan ajaib, kerana bayi yang dikandung Kimberley sebenarnya bukanlah kembar.
Gambar via MirrorSeminggu mengandung dua kali
Menurut doktor yang memeriksa Kimberley, salah satu janin terbentuk secara semulajadi manakala satu lagi melalui IVF.
Fenomena ibu mengandung dua kali dalam jangka masa singkat ini dipanggil superfetation, di mana bayi yang lahir sering dianggap kembar kerana lahir pada hari yang sama.
“Kata pakar, ubat-ubatan yang diambil dalam proses IVF mungkin telah meningkatkan kesuburan saya,” kata Kimberley, memetik laporan Mirror.
Kimberley selamat melahirkan dua bayi lelaki pada bulan Mac tahun lalu. Kedua cahaya mata Kimberley yang diberi nama Patrick dan Leo, kini sudah berusia 15 bulan.
Gambar via MirrorSumber: Mirror