Meraikan Mercu Jaya: Ulang Tahun Ke-20 Duathlon Terbesar Dunia
PUTRAJAYA, 23 Jun 2025 – Acara POWERMAN Malaysia yang dinanti-nantikan sempena ulang tahun yang ke-20 pada tahun ini kembali dengan OMODA | JAECOO sebagai rakan kerjasama utamanya. Acara tersohor ini telah berlangsung di Dataran Putrajaya dari 20 hingga 22 Jun 2025, dan menyaksikan peserta menyusuri jalan-jalan di sekitar ibu kota pentadbiran Malaysia dalam perlumbaan hebat selama 3 hari.
POWERMAN Malaysia 2025 oleh OMODA | JAECOO mendapat sambutan luar biasa dengan lebih daripada 4,500 peserta dari 30 negara mengambil bahagian dalam perlumbaan berlari-berbasikal-berlari yang menarik. Acara ini menawarkan dua kategori: iaitu jarak Classic (berlari 10km, berbasikal 60km, berlari 10km), dan jarak Short (berlari 5km, berbasikal 30km, berlari 5km), serta 3 kategori POWERKIDS (umur 6 hingga 15 tahun). Penyertaan 20 kanak-kanak dari BikeIsAble, sebuah inisiatif tempatan yang menyokong kanak-kanak istimewa memberi inspirasi kepada semua. Berkat bantuan penjaga, rakan dan keluarga masing-masing yang menggunakan kereta sorong yang disesuaikan khas, atlet-atlet muda luar biasa ini telah melintasi garisan penamat POWERMAN sambil mempamerkan maksud sebenar kesungguhan, semangat inklusif dan kuasa komuniti.
Barisan hadapan, pertama dari kiri : Emily Lek, Naib Presiden OMODA | JAECOO Malaysia; (ketiga dari kanan) John Raadschelders, Presiden Persatuan POWERMAN Antarabangsa; (kedua dari kanan) Y.Bhg Dato’ TPr. Fadlun Bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya; dan (pertama dari kanan) Jeffrey Ross, Pengurus Besar dan Pengarah Perlumbaan POWERMAN Malaysia di garisan mula POWERMAN Malaysia 2025 oleh OMODA | JAECOO bersama lebih 4,500 peserta, penyertaan tertinggi dalam sejarah dua dekad acara ini.Y.Bhg Dato’ TPr. Fadlun Bin Mak Ujud, Presiden daripada Perbadanan Putrajaya dan dan Emily Lek, Naib Presiden OMODA | JAECOO Malaysia telah hadir untuk majlis perlepasan (flag off) para peserta dalam kategori POWERMAN Classic dan Short. Tahun ini, model JAECOO J7 Plug-in Hybrid (PHEV) tampil sebagai kenderaan pemula perlumbaan rasmi acara duathlon ini.
Raymund Torio dari Filipina telah memenangi tempat pertama kategori terbuka lelaki Classic, dengan catatan masa 2:50:59 yang sungguh mengagumkan, manakala Esther Joy Chen dari Malaysia menjuarai kategori terbuka wanita Classic dengan catatan masa 03:11:40.
Kiri-Kanan : Faiz Bahruddin, Pengurus Produk OMODA | JAECOO Malaysia; Tahira Najmunisaa Muhammad Zaid dari Malaysia (tempat ke-2); Esther Joy Chen dari Malaysia (juara); Chia Ling Pow dari Malaysia (tempat ke-3); dan John Raadschelders, Presiden Persatuan POWERMAN Antarabangsa di atas podium bagi kategori Classic Open Wanita.Jeffrey Ross, Pengurus Besar dan Pengarah Perlumbaan POWERMAN Malaysia berkata, “Edisi ke-20 POWERMAN Malaysia pada tahun ini merupakan satu mercu jaya yang penting dan bermakna bagi kami. Setiap tahun, kami melihat wajah baharu dan lama, masing-masing dengan latar belakang dan kisah menarik yang tersendiri. Ia sungguh menakjubkan untuk melihat betapa ketara acara POWERMAN telah berkembang sejak penubuhannya pada tahun 2002, dengan hanya 200 peserta.
Kiri-Kanan: Di atas podium bagi pemenang kategori Classic Open Lelaki ialah John Raadschelders, Presiden Persatuan POWERMAN Antarabangsa; Nazrol Hakim dari Malaysia (tempat ke-2); Raymund Torio dari Filipina (juara); Nazri Muhammad dari Malaysia (tempat ke-3); dan Faiz Bahruddin, Pengurus Produk OMODA | JAECOO Malaysia. Pada tahun ini, ia sangat menggembirakan untuk mengalu-alukan sebanyak 40% peserta yang merupakan peserta kali pertama dari seluruh dunia! Acara POWERMAN Malaysia 2025 oleh OMODA | JAECOO telah mengeratkan silaturahim, menyerlahkan semangat kesukanan dan mengukir senyuman di wajah beribu-ribu peserta sambil mereka membarisi jalan-jalan di mercu tanda terkenal Dataran Putrajaya. Duatlon Terbesar Dunia tidak mungkin dapat dianjurkan dengan jayanya tanpa sokongan rakan kerjasama utama, OMODA | JAECOO yang menepati janji jenama berlandaskan semangat berani dan tidak gentarnya.”
& H. Para peserta di laluan berbasikal dan berlari dalam acara POWERMAN Malaysia 2025 oleh OMODA | JAECOO, yang meraikan ulang tahunnya yang ke-20.“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para atlet POWERMAN dan POWERKIDS. Hujung minggu lalu, kami menyaksikan pencapaian cukup berinspirasi dalam kalangan golongan atlet sekadar hobi dan elit dari semua peringkat umur dan latar belakang yang mengharungi sirkit perlumbaan berlari-berbasikal-berlari dengan ketabahan yang luar biasa. Di samping menyerlahkan kedudukan Malaysia di persada dunia, kami amat berbesar hati atas kesinambungan sinergi antara POWERMAN Malaysia dan OMODA I JAECOO yang terus memperkasakan komuniti peminat sukan agar melangkaui batas mental dan fizikal dan mara ke tahap yang lebih tinggi,” ujar Emily Lek, Naib Presiden OMODA | JAECOO Malaysia.
J. & K. Lebih 20 kanak-kanak daripada BikeIsAble mengambil bahagian dalam acara POWERKIDS, sebuah inisiatif tempatan yang menyokong kanak-kanak dengan kecacatan fizikal yang teruk. Dengan bantuan penjaga, rakan-rakan dan ahli keluarga yang menolak mereka menggunakan kereta sorong khas yang diubah suai, atlet cilik luar biasa ini berjaya menamatkan perlumbaan di garisan penamat POWERMAN.POWERMAN Malaysia 2025 oleh OMODA | JAECOO ialah acara bertaraf dunia yang wajib dihadiri bagi mereka yang terlibat dalam komuniti berlari dan berbasikal. Antara sorotan penting lain acara ialah ekspo 3 hari yang melibatkan 50 peserta pameran termasuk Kahf, – jenama penjagaan peribadi lelaki yang halal, berinspirasi alam dan bermutu tinggi, serta 100PLUS, Shimano dan PURPOSE Performance Wear.
Untuk maklumat lanjut mengenai POWERMAN Malaysia 2025 oleh OMODA | JAECOO, sila layari www.powerman.my.