Seorang jurugambar di Boston menangkap momen yang menyentuh hati ketika angsa jantan dilihat mengendong bayi-bayi angsa di atas badannya setelah angsa betina dipercayai mati, lapor portal Fox32chicago.
Menurut Charles River Esplanade, angsa betina mati atas sebab yang tidak diketahui setelah melahirkan bayi-bayinya di sarang.
Sumber mengatakan bahawa Boston Animal Control mengeluarkannya dengan selamat “sementara angsa jantan duduk di sarang dengan bayi-bayinya terselit di bawah sayapnya.”

Setelah beberapa hari kemudian, jurugambar Matthew Raifman memberitahu WBZ-TV bahawa dia menyedari sesuatu yang luar biasa apabila pergi ke Esplanade.
“Semua bayi angsa berada di atas badan bapanya.”
Dikatakan ketika itulah Raifman menangkap beberapa keping gambar yang menakjubkan itu dengan kameranya. Dia menyiarkan gambar tersebut di media sosial.


Berdasarkan kapsyen di Instagramnya, dia menulis, “Salah satu kisah yang paling memilukan dan menyentuh hati untuk beberapa ketika. Semoga keluarga angsa terbaru kita tidak lagi berada dalam bahaya, tetapi sekurang-kurangnya seluruh Boston menyokong mereka!”
Jelas portal, jurugambar itu memberitahu FOX 35 News bahawa dia gembira kerana berada di sana pada masa yang tepat untuk mengabadikan detik itu.
“Saya melihat mereka pagi ini dan mereka hebat!” tambahnya.
Sumber: Fox32chicago