Hari ini terlalu banyak jenayah penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab, lebih-lebih lagi apabila melibatkan urusan wang mahupun transaksi dalam akaun bank.
Tidak kurang juga, ada beberapa jenayah yang dipanggil ‘Macau Scam’ ini turut melibatkan individu yang menyamar menjadi pegawai bank, mahkamah dan seumpamanya.
Tapi jangan terkejut, ada juga pihak scammer dari Macau Scam yang ‘berani’ menyamar sebagai ejen insurans. Nak tahu macam mana modus operandinya?
Jom lihat lima modus operasi Macau Scam yang menyamar menjadi ejen insurans seperti yang dikongsikan oleh laman Facebook Cyber Crime Alert PDRM di bawah ini:
Suspek menghubungi mangsa melalui panggilan telefon.
Mangsa dikatakan ada membuat tuntutan insurans.
Apabila mangsa menafikan, mangsa diminta untuk membuat laporan polis melalui panggilan telefon.
Mangsa kemudian dihubungi oleh pihak polis. Mangsa kemudian dikatakan terlibat dengan kes jenayah penggubahan wang haram atau dadah.
Mangsa diminta untuk menyerahkan maklumat perbankan bagi tujuan siasatan.
Wang mangsa kemudian dipindahkan oleh suspek ke akaun keldai.
Maka mangsa pun tersedar telah ditipu apabila baki wang di dalam akaun telah berkurang.
Justeru, orang ramai diingatkan untuk tidak melayan sebarang panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali.
Malah putuskan panggilan tersebut dan buat semakan segera.
Sumber: Cyber Crime Alert PDRMSumber: FB Cyber Crime Alert PDRM