menu tengah bulan
Kredit: Hisham Raus TV

“Menu Tengah Bulan,” Lelaki Ini Kongsi Resipi Mudah & Menyelerakan

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Menu tengah bulan,” Lelaki Ini Kongsi Resipi Mudah & Menyelerakan

Bawang merah, bawang putih dan cili sudah sememangnya menjadi asas dalam pelbagai masakan tempatan kita sebagai orang Asia.

Walaupun tidak semestinya digunakan serentak, tiga bahan ini sentiasa ada di dapur untuk digunakan.

Tahukah anda, dengan hanya menambah ikan bilis yang digoreng garing, satu menu ringkas dapat disiapkan dalam masa beberapa minit sahaja. Nak masak pun tak penat, poket pun selamat.

Ikuti perkongsian resipi dari TikToker, Hisham Raus di bawah.

Bahan-bahan

Untuk menyediakan hidangan ini, anda cuma perlukan segenggam ikan bilis besar, beberapa biji bawang merah dan beberapa ulas bawang putih. Tambah sahaja ikut selera masing-masing.

Menu ini akan lebih sedap jika anda menggunakan pelbagai jenis cili. Antara yang digunakan lelaki tersebut termasuk cili padi berwarna hijau dan merah, cili burung dan cili merah.

Kredit: Hisham Raus TV

Bahan-bahan perasa pula terdiri daripada satu sudu makan sos tiram, satu sudu teh garam, satu sudu makan gula dan sedikit serbuk penambah rasa.

Jika sudah cukup semua bahan-bahan, mari kita mula memasak.

Cara masak

Pertama sekali, rendam dahulu ikan bilis dalam air panas selama lima minit. Kemudian tos dan ketepikan dahulu.

Kredit: Hisham Raus TV

Sementara menunggu, potong bawang merah, bawang putih dan semua cili mengikut saiz yang anda inginkan.

Setelah siap, panaskan minyak, kemudian goreng garing ikan bilis.

Kredit: Hisham Raus TV

Kemudian, tambah bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga naik bau.

menu bilis goreng
Kredit: Hisham Raus TV

Selepas aroma mula memenuhi ruang dapur, tambahkan sos tiram, garam, gula dan serbuk perasa makanan. Gaul hingga sebati.

Kredit: Hisham Raus TV

Kemudian, masukkan semua cili. Goreng seketika dan tutup api.

menu bawang, bilis
Kredit: Hisham Raus TV

Hidangan tengah bulan, siap.

menu tengah bulan
Kredit: Hisham Raus TV

Walaupun digelar ‘menu tengah bulan’, tetap berselera dijamah bersama nasi putih, panas-panas dan sedikit ulam. Syukur masih lagi dapat menikmati juadah sesedap ini.

BACA: Tambat Hati Tetamu Dengan Resipi Udang Galah Cili Kering

BACA: Warisan Turun-Temurun, Wanita Kongsi Resipi Udang Masak Diraja

BACA: Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Resipi Ayam Masak Cili Kering

Sumber: Hisham Raus TV