Gambar: TikTok Tengku Zafrul Aziz

Menteri Kewangan Seru Keluarga Malaysia Kongsi Idea Bajet 2022, Boleh Rakam Dan ‘Upload’ Video Di TikTok

Eyla Azri

Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz melalui akaun TikToknya menyeru Keluarga Malaysia berbagi idea untuk Bajet 2022 yang bakal dibentangkan tak lama lagi.

Katanya, seperti tahun lepas, pihak Kementerian Kewangan (MOF) ingin mendengar saranan rakyat Malaysia untuk penyediaan Bajet 2022, terutamanya golongan belia.

Anda boleh rakam dan muatnaik video hasrat dan pandangan anda tentang Bajet 2022, berdurasi lebih satu minit di TikTok.

Jangan lupa untuk letakkan hashtag #MYInclusiveBudget dan #Bajet2022 untuk mudahkan pihak MOF mengesan video anda.

Anda juga boleh menghantar idea berkait Bajet 2022 di laman web https://budget.mof.gov.my/ms dan klik di bahagian Kertas Konsultasi Awam.

Hantaran cadangan boleh dibuat hingga 15 September 2021.

Tambah Zafrul, setiap cadangan akan diambil kira dan MOF akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikan hasrat belia Malaysia.

Sumber: Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz