MENTERI Kebudayaan Perancis, Franck Riester disahkan dijangkiti wabak Coronavirus (Covid-19) kelmarin.
Difahamkan, kini beliau dalam keadaan baik dan sedang dalam proses kuarantin di rumah.
Menteri itu juga pada minggu lalu menghadiri beberapa sesi perbahasan di Dewan Negara, memetik televisyen BFM.
Terdahulu, lima ahli parlimen Perancis lain turut dijangkiti virus tersebut.
Setakat Selasa semalam, Perancis melaporkan sebanyak 221 kes terbaharu dalam masa 24 jam, menjadikan keseluruhan kes terkini berjumlah kira-kira 1,400 kes dengan 30 kematian.
Perancis ialah negara kedua di Eropah menerima jangkitan tertinggi selepas Itali.
Sumber: The Straits Times, AA