Ankara: Menteri Dalam Negeri Australia Peter Dutton pada Jumaat mengesahkan beliau dijangkiti penyakit COVID-19, lapor agensi berita Anadolu.
Dalam akaun Twitternya, Dutton berkata beliau mengalami sakit tekak dan suhu badan yang tinggi.
“Saya segera menghubungi Jabatan Kesihatan Queensland dan menjalani pemeriksaan. Kemudian saya dimaklumkan hasil ujian didapati positif COVID-19,” tulis Dutton.
Sehingga kini, lebih 200 kes dilaporkan di seluruh Australia.
Perdana Menteri Scott Morrison hari ini turut mengumumkan sebarang aktiviti perhimpunan berskala besar adalah dilarang sebagai langkah membendung penularan wabak.
Sumber: Bernama