Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 telah masuk minggu yang kelima dan semalam menyaksikan satu lagi kumpulan yang tersingkir iaitu Jambus yang mendapat markah terendah.
Disebalik semua kemeriahan dan persembahan yang berlangsung semalam, Ali dari kumpulan Puteh masih lagi terus melakukan persembahan bersama kumpulannya walaupun dia baru sahaja kehilangan bayi perempuannya beberapa hari yang lalu.
Ali mendapat pujian ramai kerana melakukan persembahan dengan tenang dan jayanya walaupun sedang menghadapi saat yang paling duka dalam hidupnya.

Selaku juri tetap, Lisa Surihani juga kagum dengan semangat dan ketabahan Ali yang tetap melakukan persembahan serta mengekalkan profesionalism beliau sebagai anak seni.
Lisa juga mengucapkan takziah kepada Ali dan isterinya serta mendoakan mereka agar tabah menjalani ujian ini.
Anak Ali, Sharifah Nur Ainul Mardhiah sebelum ini menghadapi masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang dan disahkan meninggal dunia pada selasa lalu.
Warganet juga sebak dan menangis ketika melihat persembahan Puteh dan memuji Ali yang tetap kuat meneruskan kehidupannya.






Sumber: Zon Lawak