Seorang kanak-kanak perempuan yang menghidap autisme, berusia lapan tahun yang ditemui meninggal dunia dalam sebuah van semalam telah selamat dikebumikan. Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sendayan, hari ini.
Jenazah mangsa yang dibawa dari Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban tiba di lokasi pengebumian pada pukul 2:30 petang tadi dengan kehadiran 50 orang anggota keluarga.
Bapa mangsa mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan meminta maaf bagi pihak mangsa sekiranya ada melakukan sebarang kesilapan sebelum ini. Pasangan suami isteri itu enggan mengulas dengan lebih lanjut tentang punca kematian anaknya.
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim memaklumkan bahawa pemandu van yang berusia 34 tahun itu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Sumber: Wardah Media 4U