Mengadu Sakit Belakang, Doktor Terkejut Temui 382 Biji Batu Karang Dalam Pundi Pesakit
Doktor di India yang membedah seorang wanita terkejut apabila mendapati terdapat sebanyak 382 batu karang di dalam pundi hempedu pesakit tersebut.
Pesakit dari kampung Harraiya Vijayraghavgarh itu dilaporkan mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya selepas dia mengalami sakit teruk di bahagian belakangnya.
Dia juga pernah mengalami sakit dada, tetapi tidak mengetahui apa punca kepada penyakitnya itu.
Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Ni Kena Teliti Betul-Betul Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal
Dia tidak tahu bahawa pundi hempedunya telah dipenuhi dengan batu seperti batu kerikil di air pancut.
Wanita itu pada mulanya melaporkan kepada doktor tempatan untuk memberi rawatan agar dapat melegakan kesakitannya.
Namun ahli keluarganya pada akhirnya memutuskan untuk membawanya ke hospital bagi mengetahui punca masalah penyakit tersebut.
Imbasan sonografi mendedahkan bahawa pundi kencing wanita itu telah menyimpan sebanyak 382 batu karang dalam pundi hempedunya dengan sebahagian daripada batu tersebut berukuran 1 sentimeter.
Kredit Jam Press Vid/Rare Shot News“Dikenali sebagai batu karang, gastrousus ini sebenarnya adalah mendapan cecair pencernaan yang mengeras dan boleh terbentuk dalam pundi hempedu anda,” menurut Mayo Clinic.
Kredit Jam Press Vid/Rare Shot NewsIa biasanya berlaku apabila paras kolestrol hempedu menjadi terlalu tinggi dan kolestrol berlebihan tersebut membentuk mendapan keras yang boleh terbentuk dari saiz yang kecil sehinggalah ke saiz bola golf.
Pembedahan selama dua jam itu telah berjaya mengeluarkan semua batu karang pada pundi hempedunya satu demi satu.
Rakaman grafik yang disertakan menunjukkan pakar bedah membuka organ pesakit dan meletakkan batu karang berwarna keemasan tersebut dalam bekas logam. Wanita itu juga kini sedang dalam proses pemulihan di hospital.
Sumber: New York Post