Hidup ini sememangnya dipenuhi dengan dugaan yang terkadang sangat memilukan. Ada sesetengah orang diuji dengan kemiskinan dan ada juga yang diuji dengan pelbagai penyakit.
Ditambah lagi dalam keadaan pandemik pada ketika ini, semuanya bagaikan kelam dan sukar untuk dihadapi.
Sama seperti yang dialami oleh Mohd Zakri Haron atau Abang Zakri ini yang menghidap penyakit buah pinggang kronik.
Berusia 52 tahun, Abang Zakri kini hanya mampu berkerusi roda dan bergantung kepada pendapatan isterinya yang mencari rezeki dengan menjual lauk dan sayur di sekitar Kg Jenereh Bongkok, Pulai Chondong, Kelantan.

Menerusi perkongsian Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS, Abang Zakri memerlukan bilik rawatan ‘Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD)’ seperti yang telah disarankan oleh pihak perubatan.
Penyediaan bilik rawatan itu perlu disegerakan bagi membolehkan beliau menjalani rawatan CAPD di rumahnya.
Justeru, KELSS telah membuat kutipan tabung kilat bagi membantu Abang Zakri membina bilik rawatan tersebut.

Jumlah sasaran bagi tabung kilat itu adalah sebanyak RM4,550 dan setakat 25 Julai yang lalu, jumlah terkumpul hanyalah sebanyak RM432. Mereka memerlukan sebanyak RM4,118 lagi.
Bantuan dari tabung ini nanti akan disalurkan dalam bentuk berikut:
1) Penyediaan Bilik
termasuk pemasangan struktur dinding,siling asbestos,pintu dan sistem air masuk
= RM2,000
2) Kelengkapan Bilik
termasuk pemasangan sinki dan kepala paip khas, drip stand, pendawaian dan alat penghawa dingin
= RM2,050
3) Sistem air buang cucian
termasuk pemasangan sistem buangan lebihan air cucian
= RM500
Jumlah sasaran: RM4,550
Bagi anda yang ingin menyalurkan sumbangan kepada Abang Zakri, anda boleh menyalurkannya di:
CIMB BANK 8602 4983 68
KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL
Selain itu, untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi talian WhatsApp ini www.wasap.my/60179404640/Zakri.
Sumber: Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS