Menara Eiffel Dikosongkan Akibat Litar Pintas Pada Rel Kuasa Lif
ANKARA, 24 Dis (Bernama-AA) — Menara ikonik Paris, Menara Eiffel dikosongkan pada Selasa ekoran ancaman keselamatan akibat kecemasan elektrik, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan.
Menurut stesen penyiar BFMTV yang memetik sumber syarikat pengendali menara SETE, satu daripada rel kuasa dalam lif menara itu mengalami litar pintas.
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, mencetuskan penggera kebakaran pada 10.50 pagi (0950GMT).
SETE mengosongkan bangunan “selaras dengan prosedur keselamatan” dan tiada pelawat berada dalam bahaya.
Anggota bomba dan unit penyelenggaraan teknikal menara meneliti punca litar pintas. Operasi dijangka disambung secara berperingkat dengan akses ke tingkat dua dibuka semula kemudian, tambah stesen penyiar itu.
BACA: Serabut Semak Pelepasan Cukai, Ini ‘Step By Step’ Nak ‘Potong’ Cukai Sampai RM3,000
BACA: Pernah Disuruh Minta Sedekah, Pelukis OKU Buktikan Mampu Berdikari Cari Rezeki
BACA: Ramai Terkesima, Lihat Saiz Rumah Warga Indonesia Bekerja Di Malaysia
Sumber: BERNAMA