Seorang jurufoto, Mehmet Aslan telah menerima penghormatan tertinggi di Anugerah Foto Antarabangsa Siena selepas merakamkan detik antara seorang bapa dan anak yang tidak mempunyai tubuh badan yang sempurna.
Walau bagaimanapun, setiap gambar pasti akan ada ceritanya, termasuklah disebalik gambar lelaki dan anaknya yang sedang riang tersenyum.
Menurut laporan, beliau menyatakan perkara sebenar yang tersirat di sebalik wajah gembira seorang bapa dan anaknya itu.
Kejadian menyayat hati berlaku pada keluarga itu saat bom meletup di bandar Idlib, Barat laut Syria. Ketika kejadian, Munzir Al-Nazzal dilaporkan sedang berjalan menuju ke bandar tersebut dan telah kehilangan kaki kanannya akibat letupan itu.
Lebih menyedihkan lagi apabila anaknya iaitu Mustafa telah dilahirkan tanpa anggota badan iaitu tidak mempunyai kedua-dua belah kaki. Isteri kepada Encik Al-Nazzal iaitu Zeinab telah mengandungkan anaknya itu sewaktu perang saudara di Syria di mana pada masa itu dia telah terhidu gas perang tersebut.
Gambar: @mehmetaslan.photoartsBerikutan hal itu, dia terpaksa mengambil ubat yang berlebihan dan telah mengganggu perkembangan saraf anaknya yang jarang sekali berlaku pada masa kini. Anaknya, Mustafa mengalami sindrom tetra-amelia yang menyebabkan beliau tidak mempunyai sebarang anggota tangan dan juga kaki.
Selepas meninggalkan Syria, En Al-Nazzal sekeluarga berpindah ke wilayah Turki dan di sana mereka bertemu dengan seorang jurugambar yang bernama Mehmet Aslan.
Melalui perkongsian di akaun Instagram Mehmed Aslan, beliau memuat naik gambar bapa dan seorang anak lelaki yang memaparkan wajah gembira pada dua beranak itu.
Sumber: SBS News