Tidak dapat disangkal bahawa susu ibu sememangnya menjadi makanan yang sangat penting untuk bayi. Bukan sahaja untuk mengenyangkan, malah ia menjadi salah satu faktor yang baik kepada tumbesaran bayi kerana dapat membekalkan nutrien serta menguatkan sistem imuniti.
Pun begitu, tidak semua ibu dikurniakan dengan susu yang banyak terutama dalam tempoh penting iaitu sehingga bayi berusia enam bulan. Ditambah pula jika ada antara ibu-ibu yang mengalami pelbagai tekanan sehingga boleh mengurangkan penghasilan susu.
Keadaan ini juga pernah dialami oleh Puan Nor Azilah Turin yang buntu memikirkan susu badannya yang semakin hari semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kesibukan bekerja dan menguruskan rumah tangga.
Kerisauannya itu berakhir apabila dia mengamalkan beberapa cara bagi meningkatkan penghasilan susu untuk bayinya.
Gambar:Nor Azilah TurinBerdasarkan perkongsiannya, dia mengepam susu mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu sekitar dua hingga tiga jam. Ia dilakukan sebanyak dua kali pada waktu pagi dan dua kali pada waktu malam. Selain itu, dia juga menasihatkan kepada ibu-ibu untuk menenangkan fikiran dan membayangkan seakan sedang menyusukan bayi ketika mengepam susu.
Di samping itu, pengambilan air kosong dan mengamalkan pemakanan yang seimbang juga perlu sentiasa dipraktikkan semasa dalam tempoh ini bagi membantu melancarkan pengaliran susu.
Selain itu, Puan Nor Azilah turut mengamalkan makanan tambahan lain sebagai inisiatif.
Gambar: Nor Azilah TurinMenurutnya, jus kesihatan Mutyara yang beliau selalu amalkan ini mempunyai pelbagai kandungan bahan berasaskan alam semulajadi dan telah diolah rasanya dengan tambahan makanan sunnah seperti kurma, delima, madu, habatussauda serta campuran herba-herba asli seperti kunyit, halia dan manjakani.
Gambar:Nor Azilah Turin
Gambar:Nor Azilah Turin
Gambar:mutyarabeauty.comJus kesihatan Mutyara juga dikatakan membantu memberikan tenaga tambahan untuk melakukan aktiviti seharian dan mengurangkan keletihan badan selain membantu merawat masalah dalaman wanita seperti senggugut, haid yang tidak teratur, keputihan, angin badan, kesukaran dalam pembuangan air (tidak lawas) dan menguatkan sistem imunisasi.
Gambar:mutyarabeauty.comUntuk merasai sendiri dan mengetahui lebih lanjut mengenai jus kesihatan Mutyara, anda boleh layari laman web mutyara.com dan Instagram @mutyarabeauty atau terus hubungi menerusi WhatsApp.