Setiap daripada kita sudah pasti ada hobi atau aktiviti kegemaran yang sering dilakukan ketika ada waktu terluang. Antara hobi yang popular ialah melancong.
Namun, melancong ini sering dikaitkan dengan kos dan belanja yang besar. Oleh itu, hobi melancong ini biasanya dikatakan sebagai hobi orang-orang kaya sahaja.
Walaubagaimanapun, sebenarnya ada beberapa cara untuk meminimumkan perbelanjaan kita sewaktu pergi melancong sekaligus menjadikan percutian kita lebih bermakna, terutamanya jika kita pergi berpasangan.
Melancong keluar negara tidak semestinya perlu terbang jauh ke benua Eropah atau ke Jepun, Korea dan sebagainya. Kadangkala, bercuti di negara-negara berhampiran adalah lebih seronok kerana budaya mereka dengan rakyat negara ini tidaklah terlampau jauh berbeza.
Antara negara jiran yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia ialah Thailand dan Kemboja. Dan bagi anda yang bercadang untuk melawat negara itu dalam masa terdekat, anda boleh baca perkongsian tips perbelanjaan yang dikongsikan oleh saudara Saifuddin Abdullah di Facebook-nya baru-baru ini.
Sumber: FB Saifuddin Abdullah