Seorang kanak-kanak tiga tahun maut selepas ‘dibuang’ dari trampolin kembung ketika ia meletup di bawahnya. Inkues kematiannya didengar semalam.
Kanak-kanak itu berada di pantai di Gorleston, Norfolk bersama ibu bapanya, datuk, nenek dan rakan keluarga ketika kejadian berlaku pada 1 Julai 2018.
Inkues itu mendedahkan bahawa ibu saudaranya yang berusia 23 tahun membawa kanak-kanak itu ke Bounce About di mana dia mendengar bunyi ‘bang’ yang kuat selepas mencari kanak-kanak itu dalam masa singkat.
Dia kemudian melihat anak saudara perempuannya ‘melambung’ melalui udara dengan Beth menyatakan bahawa gadis itu dilemparkan setinggi 20 kaki ke langit.
Gambar: Metro UKKanak-kanak itu mendarat di sebelah kanan wajahnya dan kemudian meninggal akibat kecederaan kepala yang teruk .
Ibu saudara kanak-kanak itu memberitahu mahkamah koroner Norfolk bagaimana trampolin biru itu mengembung dengan sangat tinggi dengan sisi yang bulat dan penuh udara.
Saksi-saksi lain menyifatkan pam sebagai masih melekat pada trampolin selepas ia meletup.
Gambar: Metro UKWanita itu juga menggambarkan bunyi tersebut seperti ‘seseorang telah melepaskan sebuah meriam’.
“Ia adalah suara paling kuat yang pernah saya dengar. Bunyi itu datang dari trampolin,” katanya.
Kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital James Pagest di mana kemudiannya disahkan meninggal dunia.
Sumber: Metro.UK