Sekali lagi Malaysia melakar nama di dunia apabila seorang pelajar daripada Malaysia telah mengharumkan nama negara dipersada dunia apabila mendapat tempat keempat pelajar terbaik dunia.
Diberi nama Ezzatul Husna Abd Razak, telah dinobatkan sebagai pelajar keempat terbaik dunia dan diberi penghormatan dari Laporan Korporat Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) pada 17 Julai lalu di Hotel Hilton Kuala Lumpur.
Beliau merupakan pelajar jurusan daripada Fakulti Perakauanan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan untuk makluman anda, beliau berjaya tamatkan pengajian ACCA dari INTEC Education College Shah Alam.
Sumber: Yayasan Bank Rakyat