Median Upah Bulanan Pekerja Formal Naik Kepada RM2,864
Median upah bulanan bagi 7.06 juta pekerja formal mencecah RM2,864 pada September 2025, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Menurut Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal), Suku Tahun Ketiga 2025, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 4.3 peratus berbanding September 2024.
"Peningkatan upah ini seiring dengan pertumbuhan guna tenaga yang stabil, apabila bilangan pekerja formal meningkat sebanyak 3.5 peratus tahun ke tahun pada Julai, Ogos dan September 2025, sekali gus menunjukkan daya tahan berterusan pasaran buruh formal sepanjang suku tahun ketiga 2025," maklum jabatan berkenaan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook.
Berita lanjut menyusul.