McDonalds Akui Perbuatan Pengurus Restoran Dalam Insiden Viral Melanggar Polisi Syarikat & Tak Boleh Diterima

Edayu

Tular isu salah faham antara seorang pengurus disebuah premis makanan segera di Seremban dengan salah seorang keluarga pekerja di restoran tersebut telah mendapat perhatian daripada masyarakat termasuklah daripada pihak McDonalds sendiri.

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak McDonald hari ini mengatakan bahawa pengurus restoran tersebut telah melanggar prinsip syarikat.

Sehubungan itu, pihak McDonald juga memohon maaf kepada keluarga pekerja berkenaan atas insiden yang berlaku dan akan menyelesaikan isu ini.

Difahamkan, pekerja tersebut merupakan telah berkhidmat selama empat tahun.

Bagaimanapun, pengurus di restoran McDonald’s Forest Heights, Senawang tersebut akan dikenakan tindakan sewajarnya atas kesalahan yang dilakukan.

Pihak McDonald berkata mereka akan berusaha menyediakan persekitaran kerja yuang inklusif dan mempraktikan budaya baik untuk membolehkan kakitangan mereka berkembang dan membina hubungan harmoni sebagai ahli McFamily.

Sumber: McDonald’s