
KUALA LUMPUR, 22 JANUARI 2025 – MBSB Bank secara rasmi telah melancarkan kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 4.0’ (SBMB 4.0), menandakan era baharu dalam ganjaran simpanan untuk rakyat Malaysia. Majlis pelancaran eksklusif yang diadakan di M Resort & Hotel Kuala Lumpur ini menghimpunkan para pemimpin kanan, pelanggan setia, dan rakan kongsi untuk meraikan permulaan kempen yang menjanjikan peluang luar biasa kepada para peserta. Majlis tersebut turut menampilkan kemuncak SBMB 3.0, yang menyaksikan hadiah utama suku akhir — sebuah kereta mewah Porsche Macan — diserahkan kepada pemenang bertuah dari Kuala Terengganu.
Sebagai salah satu inisiatif utama MBSB Bank, SBMB 4.0 membawa ganjaran pelanggan ke tahap baharu dengan hadiah luar biasa yang ditawarkan khas untuk mencetus inspirasi dan mengubah kehidupan para pelanggan. Sorotan kempen tahun ini termasuk hadiah utama seperti satu unit BYD Sealion 7 dan 5 unit Proton e.MAS 7, kenderaan elektrik canggih terbaharu yang menggabungkan kemewahan dan prestasi.

Pelanggan juga berpeluang memenangi percutian mewah ke Scandinavia untuk dua orang dalam Kelas Perniagaan dan pakej ubah suai rumah bernilai keseluruhan sehingga RM350,000, menjadikan SBMB 4.0 salah satu kempen simpanan paling menarik di negara ini.
Ketika pelancaran, Usman Ghouse, Ketua Perbankan Pengguna Kumpulan MBSB Bank, berkongsi pandangannya tentang kepentingan kempen ini, “SBMB 4.0 bukan sekadar ganjaran—kempen ini adalah tentang mencipta peluang. Kami ingin memperkasakan pelanggan untuk menyimpan dengan lebih bijak, menetapkan matlamat yang lebih tinggi, dan mencapai impian mereka. Kempen ini mencerminkan komitmen MBSB Bank untuk memberikan nilai dan mengubah kehidupan melalui disiplin kewangan.”

Dengan rekod lampau yang terbukti menjanjikan kejayaan, siri kempen SBMB terus mendapat sambutan hangat daripada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. Edisi keempat ini membina legasi tersebut dengan memperkenalkan ganjaran inovatif yang memenuhi aspirasi pelanggan yang semakin berkembang. Para tetamu di majlis pelancaran terbabit turut disajikan dengan pandangan awal visi bank untuk tahun 2025, yang memperkukuh dedikasi MBSB Bank sebagai rakan kongsi dipercayai dalam pertumbuhan kewangan.
Pelanggan mempunyai masa sehingga 31 Disember 2025 untuk menyimpan dengan lebih bijak dan merebut ganjaran luar biasa. SBMB 4.0 bukan sekadar kempen, tetapi peluang untuk mengubah perjalanan simpanan anda. Untuk menyertai kempen menarik ini, pelanggan hanya perlu mempunyai atau membuka Akaun Semasa/Akaun Simpanan-i (CASA-i) Prime Win dengan deposit minimum RM200. Untuk maklumat lanjut mengenai cara penyertaan, sila layari www.mbsbbank.com atau hubungi cawangan MBSB Bank yang terdekat.