Pihak Maybank menerusi akaun Facebooknya sebentar tadi memaklumkan penyelenggaran harian akan diawalkan kepada 11.30 malam hingga 11.59 malam pada 1 Februari 2022, Selasa esok.
Hal ini untuk membolehkan semua pelanggan Maybank menikmati pembelian secara atas talian ‘2.2 online sale’ dengan lebih lancar.
“Kepada para pelanggan Maybank, kami ingin memaklumkan bahawa penyelanggaran harian akan diawalkan kepada 11.30pm hingga 11.59pm pada 1 February 2020, Selasa.
“Hal ini untuk memudahkan pelanggan untuk melakukan pembelian secara atas talian 2.2 dengan lancar,” maklum Maybank di Facebook hari ini.
Antara servis yang tergendala:-
Aplikasi Maybank2u, MAE App, QRPayBiz App & our Wealth App
FPX Online Payments
Debit Card Transactions
Self Service Machines (ATMs, Cash Deposit & Cheque Deposit machines)
Sumber: Facebook Maybank