Bila terlihat sesuatu yang mencurigakan, kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin pastinya melaporkan terlebih dahulu kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
Bukan apa, risau kalau-kalau ada unsur jenayah yang boleh mendatangkan bahaya atau ketidaksenangan kepada orang lain.
Tapi apakan daya, mata ni pun kadang kala boleh ‘scam‘ tuan punya badan. Disangka mayat seseorang dibuang di tepi jalan dengan berbungkus plastik, namun kebenaran di sebalik ‘tragedi’ ini telah membuatkan warganet terhibur.
Melalui akaun Twitter Hatim Jamaluddin, lelaki ini memuatnaik gambar sekujur ‘tubuh’ berbungkus plastik yang terletak di tepi jalan yang tak dapat dikenalpasti lokasi sebenar. ‘Tubuh’ tersebut turut ditimbuni sampah sarap.
Gambar: Hatim JamaluddinDalam gambar tersebut, terdapat juga beberapa anggota polis yang telah memasang pita garisan polis, seperti yang selalu kita lihat di tempat kejadian perkara sekiranya berlaku insiden jenayah.
Gambar: Hatim JamaluddinNamun setelah bungkusan berisi ‘tubuh’ itu dibuka, rupanya ‘mangsa’ kejadian ini hanya sebuah patung mannequin tanpa busana yang diletakkan secara meringkuk.
Gambar: Hatim JamaluddinBikin haru betul, nasib baik patung je! Bagi sesiapa yang nak buang patung mannequin macam ‘pelaku’ ni, buanglah di tempat yang betul. Kalau tak nanti jadi macam ‘kes’ ni, tak pasal-pasal abang polis kena datang siasat.
Sumber: Hatim Jamaluddin