Mayat Dipercayai Anak Pemilik Restoran
Kredit: Bernama

Mayat Dipercayai Anak Pemilik Restoran Terkenal Sandakan Ditemui, Disyaki Dibunuh

Athirah

Mayat Dipercayai Anak Pemilik Restoran Terkenal Sandakan Ditemui, Disyaki Dibunuh

Mayat seorang lelaki disyaki mati dibunuh ditemui di satu kawasan semak berdekatan sebuah ladang, di Kampung Sungai Memanjang, Sandakan.

Menurut Sinar Harian, mangsa berusia 35 tahun dipercayai anak kepada seorang pemilik restoran terkenal di Sandakan itu ditemui oleh polis ketika memeriksa kawasan berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Sandakan, Ramasamy Kuppan berkata pihaknya menerima laporan berhubung sebuah kenderaan pacuan empat roda terbakar di kawasan tersebut.

Selepas menerima laporan berkenaan, anggota polis telah digerakkan ke tempat kejadian untuk memeriksa kenderaan yang terbakar itu.

Mayat dipercayai anak pemilik restoran terkenal di Sandakan ditemui, disyaki mangsa bunuh

“Sebaik tiba, sebuah kenderaan pacuan empat roda sudah terbakar dan tiada individu di dalam kenderaan tersebut.

“Anggota bertugas kemudian menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kenderaan itu sebelum menemui satu mayat lelaki yang disyaki berkaitan satu kes laporan orang hilang pada Ahad lalu,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Tambah Ramasamy Kupan, mayat berkenaan seterusnya telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk dibedah siasat.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

BACA: Olimpiad Matematik Antarabangsa: 6 Pelajar Harumkan Nama Negara, Malaysia Catat Kedudukan Kedua Antara ASEAN

BACA: Terpegun Tengok Busana The Malaya, Netizen Pakat “Lock” Tema Raya Tahun Depan

BACA: Pelajar Maut, Digilis Kenderaan Selepas Motosikal Langgar Jalan Berlubang

Sumber: Sinar Harian