Memetik laporan Malaysia Gazette, mayat seorang bayi dilapor telah ditemui di dalam tong sampah oleh seorang pekerja pemungut sampah di perumahan flat di Cheras, semalam sehingga mengejutkan penduduk perumahan terbabit.
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, kejadian tersebut telah dilaporkan berlaku semalam di flat Bandar Tun Razak.
Tambahnya lagi, mayat bayi tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras, Kuala Lumpur untuk dibedah siasat pada hari ini.

Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi IPD Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 585 atau mana-mana balai polis berdekatan.


Sumber: Malaysia Gazette