Berat mata memandang, berat bahu yang memikul. Begitulah apa yang bleh digambarkan mengenai penderitaan yang ditanggung oleh adik Nur Ariana Delisha Mohd Hakim yang berusia 1 tahun 5 bulan dari Port Dickson, Negeri Sembilan.
Selain mengalami kegagalan hati berfungi yang menyebabkan matanya kekuningan dan perutnya membesar, adik Isha juga menghidap masalah jantung berlubang dan perlu menjalani pembedahan segera di Kuala Lumpur.
Menerusi Facebook Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial – KELSS, mereka melancarkan tabung kilat dengan sasaran kutipan kira-kira RM7 ribu agar orang ramai dapat dapat sama-sama membantu meringankan beban keluarga adik Isha.
TABUNG KILAT ADIK ISHA
Sasaran: RM7,017
Bismillahirahmanirahim, kami dengan ini melancarkan tabung kilat untuk adik Nur Ariana Delisha Mohd Hakim yang berusia 1 tahun 5 bulan dari Kg Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan yang menghidap penyakit Biliary Atresia (Kegagalan hati berfungsi) menyebabkan matanya kekuningan dan perutnya membesar, adik Isha juga turut menghidap jantung berlubang.

Menurut ibunya Nura Dilla Baharom, adik Isha kini sedang menunggu masa yang sesuai untuk menjalani pembedahan pemindahan hati (living donor liver transplant) di Kuala Lumpur.
Adik Isha juga disarankan oleh pihak perubatan supaya menggunakan susu khas ‘Peptamin Junior’ yang disalurkan melalui mesin dan beg susu membabitkan kos hampir RM1,950 sebulan. Hasil dari kutipan ke tabung kilat ini, kami akan melakukan pembelian dan penyerahan dalam bentuk seperti berikut,
1) TIGA (3) bulan bekalan susu khas:
Peptamen Junior – 400gram
RM93.50 x 16 tin sebulan x 3 bulan
= RM4,488 (48 tin)
2) TIGA (3) bulan bekalan lampin:
Drypers Wee Wee Dry – S
RM29.90 x 2 beg sebulan x 3 bulan
= RM179.40 (6 beg)
3) TIGA (3) bulan bekalan beg susu
Beg susu ‘Amsino’
RM450 sekotak x 1 kotak sebulan x 3 bulan
= RM1,350 (3 kotak)
4) Bantuan kewangan bagi ulang alik untuk rawatan susulan
= RM1,000
JUMLAH SASARAN: RM7,017
Mereka yang ingin bersama kami berkongsi rezeki bagi membantu meringankan kos keperluan khas adik Isha , boleh salurkan sumbangan/infaq ke akaun rasmi kami seperti dipersetujui ibubapanya ,
CIMB 8602 4983 68
KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL
Pertanyaan melalui aplikasi WhatsApp
Tekan
www.wasap.my/60179404640/Isha
Sumber: Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial – KELSS