Kredit: Google

Matahari ‘Tegak’ Atas Garisan Khatulistiwa 20 Mac Ini, Seluruh Dunia Akan Alami Waktu Siang Dan Malam Sama Panjang

Amira

Bagi rakyat Malaysia dan negara-negara yang berada berhampiran garisan Khatulistiwa, mungkin kita sudah terbiasa dengan siang dan malam yang hampir sama panjang.

Namun menurut Planetarium Negara, pada 20 Mac akan datang, seluruh dunia akan mengalami fenomena yang serupa dengan 12 jam masa siang dan malam.

Fenomena itu akan berlaku bermula 5.37 petang waktu tempatan di mana matahari akan betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa selama 24 jam.

Menariknya, di kawasan yang terletak di atas garisan Khatulistiwa, penduduk akan berpeluang menyaksikan fenomena tengah hari tanpa bayang kerana matahari berada tegak di atas kepala ketika itu.

Mari baca perkongsian oleh Planetarium Negara di bawah.

Sumber: Planetarium Negara