Pernah tak ketika anda sedang berehat ataupun sedang melakukan aktiviti harian, tiba-tiba anda merasakan mata anda berkerdip-kerdip bahkan berdenyut? Perkara itu sememangnya akan menganggu fokus anda dalam melakukan sesuatu pekerjaan sehingga penglihatan menjadi kabur.
Kebiasaannya, kerdipan mata yang berlaku tidak boleh dikawal bahkan tidak dapat dijangkakan. Hal ini, ramai dikalangan kita mengatakan bahkan mengaitkannya dengan kepercayaan nenek moyang dahulu yang menandakan bahawa rezeki hendak masuk.
Menurut saintifik, gejala mata berkerdip adalah berkait rapat dengan fisiologi normal mata di mana ia disebabkan gerakan otot dalam kelopak mata secara berulangan dalam tempoh yang singkat dan juga tidak boleh dikawal.
Menurut laman Public Health Malaysia, antara punca-punca yang menyebabkan terjadinya gejala kerdipan mata termasuklah:
Pengambilan kafein secara berlebihan
Gangguan tidur atau tidak cukup lena
Mata kering
Pengambilan alkohol
Iritasi atau radang pada biji mata atau bahagian dalam kelopak mata
Merokok
Terdedah kepada cahaya terang
Terdedah kepada cuaca dan angin
Sakit kepala atau pening
Kesan pengambilan ubatan atau rawatan tertentu
Berikutan itu, anda tidak perlu risau kerana gejala tersebut tidak merbahayakan sebaiknya anda perlulah mengambil langkah pencegahan. Ini termasuklah mengelakkan pengambilan kafein, tidur yang secukupnya, hentikan pengambilan alkohol, pengambilan air kosong, pengambilan nutrisi baik untuk mata dan amalkan titisan mata.
Sumber: Public Health Malaysia