Nasi sememangnya menjadi makanan ruji penduduk di rantau Asia termasuk Malaysia. Bagi rakyat di negara ini, sudah menjadi perkara biasa apabila nasi dimakan dengan tangan.
Bukan sahaja lebih ‘feel’, tetapi rasa nasi yang digaul dengan lauk dan dimakan menggunakan tangan lebih sedap! Ada juga yang memakan nasi menggunakan sudu dan garfu, terpulang kepada citarasa masing-masing.
Namun, ada yang tidak enak didengar apabila terdapat individu yang seakan ‘memperlekehkan’ gaya atau budaya masyarakat lain yang telah biasa memakan nasi menggunakan tangan sejak turun-termurun lagi.
Individu berkenaan yang merupakan seorang bekas Royal Butler atau Pelayan Diraja kepada Prince Charles, William dan Harry juga Pakar Etika dalam bidang penyediaaan makanan di Britain memberi peringatan kepada orang ramai menerusi Twitter @TheRoyalButler untuk sentiasa menggunakan sudu dan garfu ketika memakan nasi dan bukannya tangan.
”Tuan-tuan dan puan-puan, perlu dingatkan bahawa kita selalu menggunakan pisau dan garpu atau chopstick untuk makan nasi! Kita tidak menggunakan tangan atau jari kita!!!,” katanya.
Hantaran yang dimuatnaik beberapa hari yang lalu itu menjadi tular di laman sosial dan mengundang kecaman warganet terutamanya dari negara Asia.
Kenyataan itu bukan sahaja dikatakan tidak ‘valid’, malah warganet menyelar beliau kerana tidak meraikan atau menghormati kepelbagaian budaya negara lain selain barat.
Kami Asia dan kami makan menggunakan tangan


Nasi rasanya lebih enak dimakan menggunakan tangan



Basuh ber**k guna air, jangan guna kertas


Sumber: Twitter @TheRoyalButler