Sebuah pesawat tentera Afghanistan dilaporkan terhempas di Uzbekistan selepas masuk tanpa kebenaran ke sempadan negara tersebut, semalam.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Uzbekistan, Bakhrom Zulfikarov berkata kepada AFP, “Pesawat ketenteraan tersebut masuk ke sempadan Uzbekistan tanpa kebenaran. Siasatan masih giat dijalankan.”
Menurut Zulfikarov insiden pesawat terhempas itu dilaporkan semalam, di selatan wilayah Surkhondaryo, bersempadan dengan Afghanistan.
Memetik laporan AFP, doktor di wilayah tersebut, Bekpulat Okboyev berkata, hospital tempat dia bertugas menangani dua mangsa pesawat terhempas itu. Kedua-duanya memakai seragam tentera Afghanistan semasa tiba di hospital.
Menurut kesaksian Okboyev, salah seorang tentera lengkap memakai payung terjun, dan dipercayai mengalami kepatahan di beberapa bahagian badan.
Uzbekistan turut berdepan 84 tentera Afghanistan yang cuba memasuki sempadan negara namun berjaya menahan mereka. Uzbekistan kini sedang berunding dengan tentera-tentera tersebut agar berundur.
Sumber: AFP