Pada Selasa lepas, satu pasukan penyelamat telah ditugaskan untuk merawat seekor ikan paus sperma di Pantai San Bartolo, Peru. Pada awalnya, haiwan tersebut dikatakan mengalami kecederaan berikutan tersangkut di celah batu sehingga membataskan pergerakannya.
Paus sperma muda tersebut yang mempunyai panjang kira-kira empat meter atau 12 kaki dilihat telah terperangkap di celah batu.
Gambar: Ahram OnlineBerikutan itu, usaha menyelamatkan paus tersebut dari celahan batu telah dijalankan dan paus berkenaan berjaya dilepaskan ke dalam laut semula. Namun, selepas beberapa jam, paus itu dilihat mengalami pendarahan yang dapat dilihat menerusi darah yang dikesan pada permukaan air.
Disebabkan itu, pihak keselamatan mengambil keputusan untuk mendapatkan paus tersebut bagi tujuan rawatan dan memberi ubat untuk menstabilkan keadaannya.
Walaupun usaha terbaik telah dilakukan oleh pihak keselamatan bersama-sama pihak veterinar, haiwan berkenaan terpaksa dilepaskan akibat kecederaan yang dialaminya.
Gambar: Oceanwide ExpeditionsPaus sperma merupakan jenis paus yang mempunyai kepala yang besar dan dahi yang menonjol. Kebiasaannya, haiwan ini akan ditemui bergerak dalam kumpulan kira-kira 15 hingga 20 ekor dalam satu masa.
Sumber: Global News