powerbank dalam pesawat
Gambar: MAB

MAS: Garis Panduan Terkini Bawa Powerbank Dalam Pesawat

Hannah

MAS: Garis Panduan Terkini Bawa Powerbank Dalam Pesawat

Semua penumpang yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings perlu mematuhi garis panduan baharu mengenai pembawaan powerbank di dalam pesawat, mulai 1 April 2025.

Menurut Malaysia Airlines, penumpang diwajibkan membawa powerbank bersama mereka pada setiap masa dan tidak dibenarkan menyimpannya di dalam ruang penyimpanan atas kepala.

Semasa penerbangan, powerbank boleh disimpan di dalam beg tangan yang diletakkan di bawah tempat duduk atau di dalam poket tempat duduk di hadapan penumpang.

Bagi powerbank pengecas tanpa wayar berasaskan magnet, ia mesti disimpan di dalam beg khas atau sarung pelindung bagi mengelakkan ia diaktifkan secara tidak sengaja.

Selain itu, penggunaan atau pengecasan powerbank sepanjang penerbangan adalah dilarang sama sekali.

Bukan itu sahaja, meletakkan powerbank atau bateri litium-ion tambahan di dalam bagasi yang didaftarkan juga tidak dibenarkan sama sekali.

Difahamkan, peraturan ini diperkenalkan bagi memastikan keselamatan penerbangan dan mengurangkan risiko insiden yang berkaitan dengan bateri litium-ion.

BACA: Terkandas Cukup ‘Lama’, Ini Cara Angkasawan Bertahan Di ISS

BACA: Anggaran Bayaran Diterima Angkasawan NASA ‘Terkandas’ Di ISS

BACA: 9 Bulan Di ISS, Ini 6 Masalah Kesihatan Yang Angkasawan Alami

Sumber: Malaysia Airlines