Marrybrown Menyeru Rakyat Malaysia Untuk #BREAKTHEBIAS Pada Hari Wanita Sedunia

syafiq halim

Pernahkah anda mengalami diskriminasi sebelum ini mahupun sekarang – sama ada di sekolah, tempat kerja atau di rumah?

Walaupun kita bertuah dapat hidup di dunia dimana kita dapat menjadi individu yang kita inginkan kerana usaha pihak berkaitan dalam meningkatkan kesaksamaan jantina, namun, tidak dapat dinafikan juga bahawa isu diskriminasi jantina masih lagi wujud dalam pelbagai aspek kehidupan. Sempena Hari Wanita Sedunia tahun ini, Marrybrown memilih tema #BreakTheBias bersesuaian dengan semangat kesedaran tentang kesaksamaan jantina melalui pendekatan video kali ini.

Membawa penonton ke dunia khayalan yang bebas daripada bias jantina, video ini memberikan inspirasi kepada golongan wanita yang menampilkan peranan mereka tersendiri dari pelbagai sudut latar belakang, bangsa dan umur yang berbeza. Para wanita ini berbangga serta selesa menjadi diri mereka sendiri di mana perbezaan dan pencapaian mereka dihargai dan diraikan.

Sebagai jenama tempatan yang diasaskan oleh usahawan wanita, Marrybrown sentiasa memastikan kesaksamaan jantina diamalkan pada setiap peringkat organisasi – mewujudkan peluang bagi setiap ahli pasukan untuk meningkatkan kualiti dalam kerjaya mereka. Sentiasa bersyukur atas sokongan berterusan rakyat Malaysia, ia juga merupakan budaya Marrybrown untuk menyediakan standard makanan dan perkhidmatan tertinggi kepada para pelanggan tanpa mengira latar belakang dan jantina mereka.

Marrybrown berharap, matlamat serta sentimen harmoni yang digambarkan dalam video ini akan menggalakkan rakyat Malaysia untuk memainkan peranan mereka dalam mengurangkan diskriminasi dan stereotaip dalam setiap aspek kehidupan, kerana setiap daripada mereka berhak mendapat peluang yang sama untuk maju dan berjaya.

Anda boleh menonton video pada Facebook Marrybrown:

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown dan promosi mereka, sila layari:

Website: https://marrybrown.com/

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: Marrybrownmy

YouTube: MarrybrownTV

Telegram: https://t.me/marrybrownmy

MB App: https://mbapp.marrybrown.com/