Pengasas Meta, Mark Zuckerberg melalui akaun Facebooknya memaklumkan mengenai kemas kini terbaru iaitu avatar Meta dengan lebih banyak ciri-ciri baharu yang menarik dan memudahkan pengguna.
“Kami telah mengemas kini perincian avatar Meta dengan lebih banyak ekspresi, wajah dan tona kulit, serta kerusi roda dan alat bantu pendengaran.
“Kami juga mula bereksperimen dengan pemakaian digital, termasuk baju rasmi NFL yang anda boleh pakai untuk Super Bowl.
“Anda juga boleh menggunakan avatar anda di Quest, Facebook, Instagram dan Messenger. Satu hari nanti anda akan mempunyai beberapa avatar daripada ekspresif kepada ‘fotorealistik’.
“Metaverse sepatutnya lebih interoperable dan terbuka berbanding platform pengkomputeran sebelum ini. Meta berbangga untuk bersama-sama Crypto Open Patent Alliance untuk menjadikan paten crypto kami lebih mudah untuk digunakan oleh sesiapa sahaja dan membina masa depan bersama,” tambah beliau.
Beliau juga menyatakan melalui posting tersebut bahawa bakal ada lebih banyak perincian baru tidak lama lagi.
Sebelum ini, beliau juga ada membuat pengumuman mengenai kemas kini perincian baru di Messenger.
“Kemas kini terbaru untuk mesej perbualan end-to-end encrypted di Messenger jadi anda akan terima notifikasi jika ada seseorang yang menangkap layar (screenshot) mesej-mesej yang hilang,” katanya ketika itu.
BACA JUGA: Mark Zuckerberg Umum Facebook Messenger Ada Update ‘Feature’ Baru
Sumber: FB Mark Zuckerberg