Sebuah manuskrip lama didakwa salinan Taurat berusia kira-kira 700 tahun dirampas oleh sepasukan polis dalam kejadian di daerah Bulancak, Giresun di Turkiye pada Khamis, lapor akhbar Daily Sabah.
Difahamkan, rampasan dibuat selepas pasukan polis berkenaan mendapat maklumat mengenai penjualan manuskrip itu yang dilakukan oleh seorang individu.
Menurut Daily Sabah, suspek dilapor membuat penjualan manuskrip bersejarah itu dengan harga RM6.6 juta.
Hasil siasatan mendapati, suspek membawa manuskrip lama berusia 700 tahun itu dari Istanbul ke daerah Bulancak Giresun untuk menjualnya.
Bagaimanapun manuskrip lama itu akhirnya dirampas dan diserahkan kepada Direktorat Muzium Giresun, sementara siasatan mengenainya masih dijalankan oleh pihak berwajib.
Kredit: TRT WorldTerdahulu pada Jun, media melaporkan pihak polis Turkiye turut pernah merampas dua manuskrip lama dipercayai Taurat kuno yang ditulis dengan tulisan tangan.
Difahamkan manuskrip lama yang turut ‘dihiasi’ dengan senjata laras panjang berkenaan dirampas dalam operasi anti-penyeludupan di wilayah Sakarya, barat laut Turkiye ketika itu.
Kredit: DHA Photo via Daily SabahRampasan tersebut dibuat semasa operasi anti-penyeludupan di stesen servis lebuh raya di daerah Sapanca oleh sepasukan polis wilayah (Turkiye) di sana.
Difahamkan terdapat empat suspek ditahan dalam operasi berkenaan, manakala manuskrip yang ditulis dalam bahasa Ibrani itu dihantar ke Muzium Direktorat di Sakarya untuk pemeriksaan lanjut.
Sumber: TRT World & Daily Sabah