“Manis Dia Sedap-Sedap Tekak,” Lelaki Teruja Dapat Jumpa Penjual Teh Tular Di India
Bagi yang sering mengikuti perkembangan di media sosial, anda pasti akan mengenali seorang penjual teh di India yang dikenali sebagai Dolly Chaiwala.
Dolly atau nama sebenarnya Sunil Patil menjadi tular di media sosial selepas gaya uniknya ketika menjual teh tersebut menarik perhatian ramai termasuk netizen di Malaysia.
Pastinya ramai juga yang ingin tahu bagaimana rasanya teh tersebut terutama apabila melihat gerai Dolly sering dipenuhi pelanggan.
Bagi yang tertanya-tanya, anda mungkin oleh ‘merasainya’ dengan mengikuti perkongsian seorang jurugambar dan pemandu pelancong, Fakhrul Aizat yang telah mengunjungi gerai Dolly kelmarin.
Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Fakhrul berkongsikan beberapa gambar dan video yang memaparkan lagak Dolly ketika menjual teh di situ.
“Fakhrul orang pertama Malaysia jumpa Dolly yang ter-famous di dunia dengan style jual teh tarik dia.
“Terima kasih la Dolly bagi aku hadiah spek mata tu, ko punya manja geram je,” katanya menerusi kiriman itu.
Ketika dihubungi SK, Fakhrul, 34, berkata gerai Dolly terletak di daerah Nagpur iaitu 1129 kilometer dari bandar Kolkata, India.
Dia mula terfikir untuk berjumpa dengan Dolly seminggu sebelum berlepas ke Kolkata.
“Lepas sempadan buka, Air Asia buat tawaran murah ke Kolkata, so terus beli tiket, seminggu sebelum gerak, teringat Dolly dan terus cari alamat dia,” katanya.
Tiket burn
Menurutnya, dia teruja untuk berjumpa dengan Dolly dan bergerak ke Nagpur awal pagi tetapi dia kecewa apabila Dolly tiada pada ketika itu dan gerai tersebut dijaga oleh pekerjanya.
Gambar: Fakhrul AizatBagaimanapun, kegigihan dan kesabarannya untuk tetap juga menunggu Dolly akhirnya membuahkan hasil.
“Kecewa dan serabut sebab dah beli tiket kereta api balik ke Kolkata semula jam 11 pagi.
“Terus putuskan untuk burn kan tiket itu dan cari tiket baharu pada lewat petang semata-mata untuk jumpa Dolly tengah hari itu. Bila jumpa sangat teruja dan tak percaya mamat yang tular satu dunia ada depan mata,” katanya.
Tambahnya lagi, semua gaya yang dilakukan Dolly di depan matanya sama seperti yang dilihat di dalam video tular. Malah menurutnya pelanggan di gerai Dolly lebih ramai berbanding di kedai teh lain yang berada di sekitar situ.
Gambar: Fakhrul AizatRasa teh padu
Ditanya mengenai rasa teh, Fakhrul berkata rasanya agak padu dan pekat selain terasa lemak manisnya.
“Manis dia pun sedap-sedap tekak, dia pakai susu cair kahas untuk buat teh padu dia, lemak semua cukup,” katanya.
Sementara itu Fakhrul menjelaskan bahawa dia mula ‘merantau’ di India pada tahun 2013 dan kemudian pergi semula ke sana pada tahun 2018 sehingga hari ini.
Sumber: Fakhrul Aizat