
Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) merupakan satu penyakit yang tidak asing lagi. Individu yang menghidap OCD ini suka melakukan sesuatu secara berulang kerana tidak yakin dengan apa yang dilakukan sebelum itu, selain mengalami rasa resah, tertekan dan cemas.
Seperti perkongsian oleh seorang gadis, Syaza Rahizad mengenai ahli keluarganya yang merupakan penghidap OCD.
Mereka boleh menghabiskan waktu yang lama di dalam bilik mandi malah mengambil masa 30 minit hanya untuk memastikan pintu rumah berkunci dengan selamat.


Rata-rata netizen turut tampil berkongsi pengalaman sendiri dan orang sekeliling mereka yang menghidap OCD.






Sumber : @SyazaRahizad