Dalam bencana itu, seorang wanita menjerit “Saya kehilangan anak saya!” setelah sebuah kapal yang dipenuhi dengan lebih daripada 120 pendatang musnah di Mediterania dan membunuh 74 orang. Seorang bayi berusia enam bulan merupakan antara mereka yang lemas ketika kapal menuju Eropah tenggelam di bawah ombak.
Malah, difahamkan para pendatang tersebut sedang menuju ke Itali di mana jalan utama mereka yang kebanyakannya bergerak dari Tunisia dan Libya.
Itali telah berusaha untuk menghentikan kapal penyelamat amal dengan denda yang besar dan meningkatkan sokongan pengawal pantai Libya dalam cubaannya untuk memintas kapal dan menggagalkan orang yang terlibat dalam penyeludupan raket.
Kapal penyelamat milik badan amal pendatang Sepanyol selesai mengedarkan jaket keselamatan dan topeng kepada para pendatang tersebut.
Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan sejumlah orang termasuk dua bayi yang masih hidup tetapi salah satu dari dua bayi tersebut berusia enam bulan disyaki mati setelah dibawa ke kapal penyelamat.
Laura Lanuza mengatakan organisasi sebelumnya meminta pihak berkuasa maritim Itali dan Malta untuk memindahkan enam orang yang berada dalam keadaan serius dengan segera.
Para penyelamat diminta membawa dua bayi dan ibu mereka serta seorang wanita mengandung ke tempat selamat.
“Ketika para penyelamat sampai, kapal itu sudah hancur,” kata Laura lagi.
Sebelum bencana terjadi, pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seramai 88 pendatang pada malam sebelumnya dan mereka dijadualkan untuk melakukan panggilan kecemasan ketiga.
Bangkai kapal tersebut dicatat untuk kedua kalinya di perairan utara Libya yang merupakan transit utama bagi pendatang dari Afrika dan Timur Tengah.
Pada hari Selasa terdapat pendatang yang mati termasuklah seorang kanak-kanak, kata PBB.
Menurut Pertubuhan Migrasi Antarabangsa, tahun ini lebih daripada 575 kematian direkodkan di Mediterranean Tengah untuk sampai ke Eropah.
Sumber: The Sun